Khamis, 31 Januari 2019

SUMBANGAN BOLA SEPAK




Pasukan Bola Sepak SK Jawi hari ini menerima sumbangan bola daripada Akademi Bola Sepak CWS. PIBK SK Jawi dan pihak sekolah SK Jawi SBT mengucapkan setinggi penghargaan atas sumbangan tersebut. Semoga kemudahan yang disumbangkan dapat meningkatkan lagi prestasi sukan bola sepak SK Jawi SBT.

Jumaat, 25 Januari 2019

PROGRAM CAKNA WARIS TAHUN 6




Program Cakna Waris Tahun 6 mendapat sokongan kehadiran yang memberangsangkan oleh ibu bapa. Program adalah bertujuan untuk memberi makluman penetapan target UPSR 2019, dan perancangan pihak sekolah bagi memastikan hasrat ini tercapai malah lebih cemerlang. . Majlis dirasmikan oleh Pegawai Prosa SK Jawi, Tn Hj Mohammad Radzi.

Rabu, 9 Januari 2019

KLINIK BOLA SEPAK 2019




Klinik Bola Sepak Permata Jawi dikelolakan oleh jurulatih khas Cikgu Mohd Kaswadi bin Mohd Sarji iaitu waris kepada murid SK Jawi yang dijemput oleh pihak sekolah sebagai persediaan awal untuk pertandingan awal bulan April 2019 nanti.

Semoga kemahiran-kemahiran yang telah dikongsikan oleh Cikgu Mohd Kaswadi dapat diaplikasi oleh murid ke dalam pertandingan bola sepak yang disertai.