Ahad, 17 Februari 2019

MESYUARAT KHAS MENJELANG MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2019/2020



Mesyuarat khas sebelum menjelang Mesyuarat Agung PIBG sesi 2019/2020 pada 9 Mac 2109  telah dijalankan di bilik mesyuarat SK Jawi bagi membincangkan perkara-perkara berbangkit dan perbincangan bagi persediaan mesyuarat agung nanti. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh guru besar En. Rosli bin Ahmad kerana YDP tidak dapat hadir dalam mesyuarat ini.

Khamis, 14 Februari 2019

KHIDMAT BANTU WARIS KEPADA PASUKAN SEPAK TAKRAW SK JAWI





Khidmat bantu dan bimbingan oleh Encik Mohd Iewardie bin Ismail waris murid SK Jawi pada pagi tadi buat pasukan Sepak Takraw dalam persiapan menjelang pertandingan pada 18-20 Februari nanti di SMK Mutiara Impian.Terima kasih diucapkan. Semoga nasihat dan panduan yang diberikan dapat memberi motivasi yang tinggi kepada pasukan sepak takraw sekolah.