SK.Jawi telah menerima sumbangan set sofa daripada syarikat Umpan Jaya Sdn. Bhd. untuk kegunaan majlis rasmi sekolah. Sumbangan ini telah disampaikan oleh pengurus syarikat sendiri iaitu Pn.Hajah Siti Hawa bt. Mohd Noordin merangkap AJK PIBG SK Jawi SBT pagi tadi di dewan Ar-Razi. Terima kasih diucapkan semoga sumbangan seperti ini dapat menceriakan lagi suasana dewan dan majlis rasmi sekolah akan datang.